Skip to main content

Dunia

Google cegah iklan tentang kandungan teori konspirasi COVID-19

Syarikat induk Google, Alphabet, melarang laman web dan aplikasi daripada menyiarkan iklan teori konspirasi virus korona yang mereka sifatkan sebagai "kandungan berbahaya".

Anggaran Waktu Membaca:
Google cegah iklan tentang kandungan teori konspirasi COVID-19

Di sekitar ibu pejabat Google dekat Mountain View, California, Amerika Syarikat. (Gambar: Dave Paresh/REUTERS)

Diterbitkan : 18 Jul 2020 01:06PM Dikemas Kini : 18 Jul 2020 01:11PM

JAKARTA: Syarikat induk Google, Alphabet, melarang laman web dan aplikasi daripada menyiarkan iklan teori konspirasi virus korona yang mereka sifatkan sebagai "kandungan berbahaya".

Syarikat gergasi pencarian internet itu memperkukuhkan dasarnya sedang COVID-19 terus menular di seluruh Amerika Syarikat, dan syarikat pengiklanan digital, seperti Google dan Facebook, menghadapi permintaan untuk mempergiatkan usaha untuk mengekang maklumat yang salah.

Kandungan iklan yang tidak dibenarkan adalah yang berkaitan dengan teori konspirasi, seperti idea bahawa pandemik virus korona direka di makmal China sebagai senjata biologi yang dibuat oleh pengasas Microsoft, Bill Gates, atau bahawa virus itu adalah satu penipuan.

Google telah melarang iklan dengan kandungan berbahaya, seperti ubat "ajaib" atau iklan yang mempromosikan gerakan antivaksin.

Dasar baru itu juga akan melarang pengiklan membuat kandungan mereka sendiri yang mempromosikan teori konspirasi virus korona.

Google hanya membenarkan agensi tertentu mengeluarkan iklan mengenai wabak virus korona, termasuk badan pemerintah dan penyedia penjagaan kesihatan, untuk mencegah kegiatan seperti menaikkan harga bekalan perubatan.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita