Glasier Switzerland kehilangan lebih 5% ais susuli gelombang haba paras rekod
Glasier Switzerland menyusut dengan pantas selepas mengalami antara kehilangan ais paling teruk tahun ini akibat gelombang haba yang memecahkan rekod di Eropah.
Para pendaki berjalan di Glasier Mont Mine di Ferpecle, dekat Evolene, Switzerland, pada 3 September 2026. (Gambar: REUTERS/Denis Balibouse)
- Switzerland's glaciers lost more than 5 per cent of their ice in 2026, according to GLAMOS and the Swiss Cryospheric Commission in a report released on Oct 1.
- The shrinkage was driven by a winter with less snow and the highest summer temperatures on record, following the heatwave that swept across Europe.
- Matthias Huss said the situation was worrying because extreme melting is becoming more frequent, with almost one-fifth of glacier ice lost over five years.
- Between July and September, about 2.2 trillion litres of water were lost, while the melting only temporarily helped summer water supplies.
- Glasier Switzerland kehilangan lebih lima peratus ais pada 2026, menurut GLAMOS dan Suruhanjaya Pemerhatian Kriosfera Switzerland dalam laporan yang dikeluarkan pada 1 Okt.
- Penyusutan dipacu musim sejuk kurang salji dan suhu musim panas tertinggi dalam rekod, susulan gelombang haba yang melanda Eropah.
- Matthias Huss berkata keadaan itu membimbangkan kerana pencairan ekstrem semakin kerap, dengan hampir satu perlima ais glasier hilang dalam lima tahun.
- Antara Julai hingga September, sekitar 2.2 trilion liter air hilang, sementara pencairan hanya sementara membantu bekalan air musim panas.
Glasier di Switzerland kehilangan lebih lima peratus daripada aisnya pada 2026, menurut laporan Rangkaian Pemantauan Glasier Switzerland (GLAMOS) dan Suruhanjaya Pemerhatian Kriosfera Switzerland di bawah Akademi Sains Switzerland yang dikeluarkan pada Khamis (1 Okt).
Dapatan itu menunjukkan penyusutan glasier semakin pantas, sedang pencairan melampau kini semakin kerap berlaku. Sepanjang lima tahun lalu, glasier Switzerland kehilangan hampir satu perlima daripada aisnya, sekali gus mengancam bekalan air pada masa hadapan dan menimbulkan persoalan berhubung kelangsungan jangka panjang kawasan glasier di Eropah.
"Kini kita berada dalam dunia baharu ini, dalam keadaan yang sebelum ini dianggap sebagai masa depan, di mana glasier terus mencair," kata pengarah GLAMOS, Matthias Huss.
Gabungan musim sejuk dengan salji yang terlalu sedikit dan suhu tertinggi dalam rekod pada musim panas menyebabkan pencairan yang disifatkan Encik Huss sebagai "sangat besar" tahun ini.
"KEADAAN YANG SANGAT MEMBIMBANGKAN"
"Kini kita menyaksikan tahun-tahun dengan keadaan ekstrem hampir setiap tahun dan ini benar-benar membimbangkan," kata Encik Huss.
Namun, kadar kehilangan ais masih belum mencapai paras rekod pada 2022, apabila kepulan debu dari Afrika Utara mendap di atas salji dan mempercepatkan pencairan, menurut Encik Huss.
Glasier terbesar Switzerland, Glasier Aletsch, mengalami pencairan paling besar dalam rekod tahun ini, manakala Glasier de Tsanfleuron kehilangan lebih empat meter daripada ketebalan puratanya. Encik Huss berkata keadaan sedemikian tidak dapat dibayangkan beberapa tahun lalu.
Secara keseluruhan, para saintis menganggarkan glasier Switzerland kehilangan sekitar 2.2 trilion liter air antara Julai dengan September sahaja, bersamaan lebih empat kali ganda penggunaan air minuman tahunan isi rumah di Switzerland.
Keadaan tersebut membawa satu kesan positif: pencairan glasier membantu mengurangkan kekurangan bekalan air pada musim panas.
Namun, manfaat tersebut semakin berkurangan apabila kawasan yang diliputi ais menyusut dan glasier menjadi semakin kecil, kata Encik Huss.
"Kami bukannya terkejut kerana kami tahu betapa pantas glasier mencair, tetapi melihat warna gunung-gunung yang tidak lagi diliputi salji dan hanya tinggal batu-batuan membuat saya sedih," kata Encik Huss.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.