Gibran letak jawatan Naib Presiden Indonesia; serah surat peletakan jawatan kepada Presiden Prabowo
Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka meletak jawatan selepas Mahkamah Perlembagaan dan Mahkamah Agung bulan lalu memutuskan bahawa dokumen pendidikannya tidak memenuhi syarat pilihan raya. (Gambar: Reuters)
- Indonesian Vice-President Gibran Rakabuming Raka reportedly resigned on Wednesday, 11 November, after conveying his intention to President Prabowo Subianto the previous day.
- His adviser, Budi Arie, confirmed the resignation, while Gibran was scheduled to submit a letter to the Regional Representative Council on Thursday morning for approval and the selection of a successor.
- Constitutional Court and Supreme Court decisions that his education documents did not meet the requirements for elections formed the backdrop, while he wants to prove their authenticity through the State Administrative Court.
- Prabowo offered several suggestions during a meeting lasting about two and a half hours; the development risks adding to political uncertainty as his relationship with former president Joko Widodo is reportedly becoming increasingly strained.
- Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka dilaporkan meletak jawatan pada Rabu, 11 November, selepas menyampaikan hasratnya kepada Presiden Prabowo Subianto sehari sebelumnya.
- Penasihatnya, Budi Arie, mengesahkan peletakan jawatan itu, manakala Gibran dijadual menyerahkan surat kepada Dewan Perwakilan Daerah pada pagi Khamis untuk proses kelulusan dan pemilihan pengganti.
- Keputusan Mahkamah Perlembagaan dan Mahkamah Agung bahawa dokumen pendidikannya tidak memenuhi syarat pilihan raya menjadi latar belakang, sementara beliau mahu membuktikan kesahihannya melalui Mahkamah Tata Usaha Negara.
- Prabowo memberi beberapa saranan dalam pertemuan kira-kira dua setengah jam; perkembangan ini berisiko menambah ketidaktentuan politik ketika hubungannya dengan bekas presiden Joko Widodo dilaporkan semakin renggang.
JAKARTA: Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka sudah meletak jawatan, menurut seorang penasihatnya pada Rabu (11 Nov), satu perkembangan yang berisiko meningkatkan ketidaktentuan politik di ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.
Ketua Umum Projo, Budi Arie, mengesahkan perkara tersebut kepada detikNews, sambil berkata: “Yang penting, ia benar."
Encik Gibran, 39 tahun, yang merupakan anak mantan Presiden Joko Widodo, semakin mendapat perhatian selepas Mahkamah Perlembagaan dan Mahkamah Agung bulan lalu memutuskan bahawa dokumen pendidikannya tidak memenuhi syarat pilihan raya.
Encik Budi Arie memberitahu Reuters bahawa Encik Gibran juga sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Prabowo Subianto pada awal Rabu.
Secara berasingan, dua sumber di Dewan Perwakilan Daerah (DPD) yang akan mengendalikan proses meluluskan peletakan jawatan itu dan memilih pengganti berkata Encik Gibran akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada dewan tersebut pada pagi Khamis.
Pejabat Encik Gibran belum memberikan respons terhadap permintaan untuk mengulas,
Perkembangan itu berlaku sedang hubungan antara Encik Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, dengan Presiden Prabowo dilaporkan semakin renggang.
Menurut Menteri Sekretaris Negara Prasetyo Hadi, Encik Gibran menghadap Presiden Prabowo untuk menyatakan hasratnya meletak jawatan sehari sebelum itu.
Encik Prasetyo berkata pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu berlangsung kira-kira dua jam setengah, lapor detikNews.
Menurutnya, Encik Gibran menyatakan hasrat untuk berundur menyusuli perkembangan berkaitan keputusan Mahkamah Perlembagaan dan Mahkamah Agung mengenai dokumen pendidikannya.
Bagaimanapun, dalam pertemuan tersebut, Presiden Prabowo memberikan beberapa saranan kepada Encik Gibran.
Encik Gibran turut meminta peluang untuk membuktikan kesahihan dokumen pendidikannya yang kini menjadi pertikaian menerusi proses di Mahkamah Tata Usaha Negara Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.