Ghana lapor 45 kes disahkan mpox pada Mei
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
- Ghana melaporkan 45 kes cacar monyet atau mpox yang disahkan pada bulan lalu, menjadikannya wabak terburuk sejak 2022, lapor Perkhidmatan Kesihatan Ghana (GHS).
- Walaupun tiada kematian direkodkan, GHS telah mengaktifkan pasukan kecemasan serantau bagi mempertingkat pemantauan, melaksanakan pengesanan kontak dan menyokong pengurusan kes di kawasan-kawasan terjejas.
- Ketua Pengarah GHS, Profesor Samuel Kaba Akoriyea berkata kes-kes itu disahkan menerusi ujian makmal.
- "Kami sedang berusaha tanpa henti untuk mengekang penularannya dan menggesa orang ramai agar segera melaporkan sebarang gejala serta mengelakkan kontak rapat dengan individu yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan," kata Profesor Samuel Kaba Akoriyea.
ACCRA: Ghana melaporkan 45 kes cacar monyet atau mpox yang disahkan pada bulan lalu, menjadikannya wabak terburuk sejak 2022, lapor Perkhidmatan Kesihatan Ghana (GHS).
Walaupun tiada kematian direkodkan, GHS telah mengaktifkan pasukan kecemasan serantau bagi mempertingkat pemantauan, melaksanakan pengesanan kontak dan menyokong pengurusan kes di kawasan-kawasan terjejas.
Kes-kes yang disahkan kini diasingkan manakala sumber tambahan turut digerakkan bagi memperkukuh kesiapsiagaan sistem kesihatan negara itu.
Ketua Pengarah GHS, Profesor Samuel Kaba Akoriyea berkata kes-kes itu disahkan menerusi ujian makmal.
"Kami sedang berusaha tanpa henti untuk mengekang penularannya dan menggesa orang ramai agar segera melaporkan sebarang gejala serta mengelakkan kontak rapat dengan individu yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan," katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan menjaga kebersihan diri, mengelakkan sentuhan dengan individu terjangkit serta mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya bergejala.

Sumber : Bernama/AW/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.