Gerindra bakal pilih calon baharu bagi jawatan Gabenor Jakarta
Tiga calon presiden Indonesia, Anies Baswedan (kanan), Prabowo Subianto (tengah) dan Ganjar Pranowo di perbahasan pertama di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Jakarta pada 12 Dis 2023. (Gambar: AFP/Yasuyoshi Chiba)
Keputusan itu menandakan satu perubahan pada pendirian Gerindra yang pernah Encik Anies bagi pilihan raya yang sama pada 2017. Encik Anies bertanding bagi merebut jawatan presiden dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024 pada Februari lalu tetapi kalah di tangan mantan jeneral Prabowo Subianto yang memenangi pertandingan tiga penjuru itu.
Setiausaha Agung Gerindra Ahmad Muzani berkata mereka lebih cenderung memilih calon muda dan muka baharu untuk bersaing dalam Pemilihan Umum Gabenor Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta 2024. Para penduduk Jakarta dijangka akan memilih seorang gabenor baharu bagi bandar tersebut, yang tidak lama lagi akan kehilangan statusnya sebagai ibu negara Indonesia.
Ibu negara baharu Nusantara, yang terletak di timur Kalimantan, akan mengambil alih status itu pada Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-79 pada 17 Ogos ini.
Encik Ahmad menarik perhatian bahawa Gerindra ingin menyokong sosok baharu bagi kerusi gabenor Jakarta itu, dengan rundingan sudahpun diadakan dalam kalangan rakan gabungan untuk memuktamadkan pencalonan itu.
"Kami mempunyai calon-calon yang muda dan baharu bagi pilihan raya Jakarta itu," jelas Encik Ahmad pada Khamis (18 Apr), dipetik Jakarta Globe.
Semasa ditanya mengenai kemungkinan untuk menyokong Encik Anies, beliau berkata:"Siapa Anies?"
Encik Anies menyandang jawatan Gabenor Jakarta pada 2017, dengan sokongan Gerindra di bawah pimpinan Prabowo Subianto dan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) ketika itu.
Selepas menamatkan penggalnya, Encik Anies mengambil keputusan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia, bersama pengerusi Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) Muhaimin Iskandar sebagai calon timbalannya serta sokongan PKS dan Partai Nasional Demokrat (Nasdem).
Gerindra dan partai-partai lain berpisah dengan Encik Anies, dengan pengerusi Gerindra Prabowo dan timbalannya Gibran Rakabuming Raka turut bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia yang diadakan pada 14 Februari lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.