Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gergasi media sosial dituduh gagal bertindak terhadap diskriminasi anti-Islam

Anggaran Waktu Membaca:

NEW YORK: Gergasi media sosial gagal bertindak ke atas 89 peratus siaran yang mengandungi elemen kebencian terhadap Islam dan kandungan Islamofobia yang dilaporkan menerusi platform mereka, lapor agensi berita Anadolu.

"Laporan itu mendedahkan syarikat media sosial termasuk Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan YouTube, gagal bertindak ke atas 89 peratus siaran yang mengandungi kebencian anti-Islam dan kandungan Islamofobia yang dilaporkan," menurut Pusat Membendung Kebencian Digital (CCDH).

Dalam satu kenyataan bersama pada 2019, Meta, Twitter dan Google komited menyokong seruan Christchurch untuk menghapuskan kandungan dalam talian yang mempunyai unsur pengganas dan pelampau.

Gergasi media sosial menyatakan "komitmen mereka untuk memastikan semua langkah yang perlu dilakukan bagi memerangi kebencian dan ekstremisme yang membawa kepada kegiatan pengganas.

"Sekali lagi, kenyataan akhbar itu terbukti tidak lebih daripada janji kosong," menurut laporan tersebut.

Setakat ini, penyelidik CCDH telah membuat aduan terhadap 530 siaran yang mengandungi kandungan yang mengganggu, taksub dan tidak berperikemanusiaan serta menyasarkan umat Islam melalui karikatur perkauman, konspirasi dan dakwaan palsu.

Hantaran itu telah dilihat sekurang-kurangnya 25 juta kali.

Banyak kandungan kurang sesuai mudah dikenal pasti, namun masih tiada tindakan diambil.

CCDH mendakwa Instagram, TikTok dan Twitter membenarkan pengguna menggunakan hashtag seperti #deathtoislam, #islamiscancer dan #ragheadi dan kandungan yang tersebar menggunakan tanda pagar itu menerima sekurang-kurangnya 1.3 juta reaksi.

Kandungan sedemikian terus membahayakan masyarakat dengan memacu "perpecahan sosial, menormalkan tingkah laku kesat dan menggalakkan serangan serta penyalahgunaan di luar talian," menurut laporan itu lagi.
 

Sumber : Bernama/AW/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan