Skip to main content

Dunia

Gerakan selamatkan kanak-kanak selepas bedilan udara di Harasta, Syria

PBB menganggarkan 400,000 penduduk awam terperangkap akibat kepungan oleh tentera pemerintah di kawasan-kawasan yang dikuasai pihak pemberontak.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Dec 2017 04:50PM Dikemas Kini : 31 Dec 2017 11:05PM

HARASTA: Sebuah rakaman video amatur menunjukkan pasukan pertahanan awam Syria menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam runtuhan bangunan ekoran pertempuran antara tentera pemerintah dengan pemberontak di timur laut ibu kota Damsyik.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa memulakan gerakan pemindahan penduduk yang terperangkap Selasa lalu selepas perjanjian dicapai antara pemerintah Damsyik dengan pemberontak.

PBB menganggarkan 400,000 penduduk awam terperangkap akibat kepungan oleh tentera pemerintah di kawasan-kawasan yang dikuasai pihak pemberontak.

Bulan lalu PBB menggesa kuasa-kuasa dunia supaya mengaturkan gerakan menyelamat besar-besaran, sambil menyifatkan krisis ini sebagai "darurat kemanusiaan."

Sumber : Agensi berita/MM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita