Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gerai roti canai popular di Pulau Pinang ditutup dua minggu atas sebab kebersihan

Anggaran Waktu Membaca:
Gerai roti canai popular di Pulau Pinang ditutup dua minggu atas sebab kebersihan

Pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut membuat pemeriksaan di gerai roti canai Jalan Transfer. (Gambar: BERNAMA)

GEORGE TOWN: Sebuah gerai roti canai popular di Jalan Transfer di George Town, Pulau Pinang diarah tutup selama dua minggu kerana tidak menepati piawaian kebersihan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sebelum ini, gerai tersebut tular kerana cara penyediaannya tidak bersih. 

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata gerai itu diarah tutup bermula Isnin (2 Jan) dan notis tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi membolehkan pengusaha pemilik gerai melakukan kerja-kerja pembersihan.

"Notis penutupan itu dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut di sini, selepas melakukan pemeriksaan di gerai tersebut pada jam 10 pagi ini," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Katanya, pegawai penguatkuasa BKKM yang menjalankan pemeriksaan itu turut mengeluarkan kompaun RM500 (S$152) ke atas gerai itu kerana tidak menyediakan persekitaran yang bersih kepada pelanggan ketika diperiksa.

Difahamkan pemeriksaan itu dilakukan menyusuli satu rakaman video selama 53 saat yang tular, menunjukkan penebar roti canai meletakkan telur yang akan digunakan bagi penyediaan perniagaan mereka ke dalam bakul secara kasar hingga menyebabkan beberapa telur pecah namun tidak dipedulikan sebelum sambung menebar roti.

Ekoran video itu, warga net mengecam tindakan pekerja tersebut kerana tidak menjaga kebersihan kedai apabila hanya membiarkan sahaja telur yang pecah di dalam bekas.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan