Gerabak kereta api Expres Timuran tergelincir di Kuantan
Sebuah gerabak kereta api 'Tren ExpresTimuran’ tergelincir semasa melalui landasan yang sedang dibaik pulih di Kilometer 80.50 berhampiran Mengkuang, Bera, Kuatan, hari ini (15 Dis).
Gambar hiasan kereta api KTM Berhad. (Gambar: KTM Berhad/Facebook)
KUANTAN: Sebuah gerabak kereta api 'Tren ExpresTimuran’ tergelincir semasa melalui landasan yang sedang dibaik pulih di Kilometer 80.50 berhampiran Mengkuang, Bera, Kuatan, hari ini (15 Dis).
Ketua Polis Daerah Bera, Supt Mansor Samsudin berkata semua 311 penumpang termasuk empat pertugas kereta api itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan dalam kejadian jam 3.30 pagi itu.
"Polis menerima laporan daripada pemandu bahawa satu daripada 11 gerabak kereta api itu tergelincir semasa melalui kawasan yang sedang dibaik pulih selepas bertolak dari Stesen Kemayan," katanya semasa dihubungi.
Kerja-kerja mengalihkan gerabak juga dimaklumkan akan diselesaikan hari ini, tambahnya.
Encik Mansor berkata pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga difahamkan sudah membawa semua penumpang ke stesen kereta api berhampiran dengan menaiki sembilan buah bas untuk meneruskan perjalanan mereka pada pukul 7.00 pagi tadi.
Tren ExpresTimuran itu bertolak dari Johor Baru pada jam 7.00 petang semalam (14 Dis) dan sepatutnya dijadualkan tiba di Tumpat, Kelantan pada jam 12.00 tengah hari ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.