Geopark Negara Kinabalu diisytihar sebagai Kinabalu UNESCO Global Geopark
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Getty Images)
KOTA KINABALU: Sabah kini merupakan yang ketiga di dunia memiliki “Tiga Mahkota” Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), berikutan pengisytiharan Geopark Negara Kinabalu sebagai 'The Kinabalu UNESCO Global Geopark'.
Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, berkata keputusan itu dibuat oleh Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris pada Rabu (24 Mei).
Ia meletakkan Sabah sebaris dengan Pulau Jeju di Korea Selatan dan Shennongjia di China, yang memiliki tiga tapak warisan UNESCO.
Dua lagi “mahkota” UNESCO di Taman Kinabalu Sabah ialah Tapak Warisan Dunia, dan Rizab Biosfera Banjaran Crocker UNESCO, yang masing-masing diisytiharkan pada 2 Disember 2000 dan 12 Jun 2014.
“Ini adalah satu pencapaian yang baik bagi Kerajaan Negeri di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Taman-Taman Sabah,” kata Encik Hajiji dalam kenyataan di Kota Kinabalu pada Jumaat (26 Mei).
Beliau berkata Geopark Global UNESCO Kinabalu meliputi kawasan seluas 4,750 kilometer persegi, kini secara rasminya merupakan destinasi Geopelancongan Global, yang menambah nilai penting kepada produk eko-pelancongan sedia ada di Sabah.
“Geopark memiliki banyak tumbuhan dan haiwan endemik, termasuk 90 spesies orkid yang hanya terdapat di Gunung Kinabalu. Ini termasuk burung ayam hutan berkepala merah yang tidak ditemui di tempat lain di muka bumi ini."
“..ini pastinya akan membawa manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada sosio-ekonomi Sabah, khususnya kepada lebih 290,000 masyarakat tempatan di daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Ranau,” katanya.
Dengan pengisytiharan Geopark Negara Kinabalu sebagai Geopark Global UNESCO, kini terdapat 195 taman geopark di dunia yang terletak di 48 negara.
Label Geopark Global UNESCO mengiktiraf warisan geologi yang mempunyai kepentingan antarabangsa dan geopark memberi perkhidmatan kepada masyarakat tempatan.
Ia menggabungkan pemuliharaan warisan geologi penting mereka dengan program bantuan kepada orang awam, di samping pendekatan yang mampan untuk pembangunan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.