Skip to main content

Dunia

Genting Malaysia nafi bincang buka kasino di Forest City

Anggaran Waktu Membaca:
Genting Malaysia nafi bincang buka kasino di Forest City

Gambar fail

Diterbitkan : 27 Apr 2024 09:34PM Dikemas Kini : 27 Apr 2024 09:35PM
KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) menafikan sebarang pelibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.

Katanya lagi, syarikat itu mahupun Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutifnya Lim Kok Thay tidak terbabit dalam perbincangan atau mesyuarat berkaitan pembukaan kasino.

“Tuduhan itu tidak benar,” katanya dalam kenyataan menyusuli laporan media yang mendakwa syarikat itu dan Lim menyertai perbincangan berkaitan.

Genting Malaysia menggesa semua pihak menghentikan penyiaran atau penerbitan serta penyebaran maklumat salah, menarik balik dakwaan tidak benar dan memberi penjelasan sewajarnya kepada orang ramai bagi mengelakkan kekeliruan lanjut.

Syarikat itu juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut yang dianggap wajar untuk melindungi kepentingan dan pihak-pihak berkepentingannya.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita