Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Genting Highlands, Pulau Tioman, Melaka akan dibuka kepada pelancong

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mencadangkan tiga lagi destinasi yang akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mencadangkan tiga lagi destinasi yang akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik.

Menterinya Nancy Shukri berkata destinasi itu ialah Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka, dan cadangan itu diluluskan pada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 pada Selasa (21 Sep).

“Hari ini kita telah luluskan tiga destinasi lagi (Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka), ia akan dibawa ke mesyuarat sidang khas (Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19) esok,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di bangunan Parlimen pada Selasa.

Mesyuarat kedua itu dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein dan turut disertai Cik Nancy dan Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu.

Cik Nancy berkata prosedur operasi standard (SOP) perjalanan masuk ke tiga destinasi tersebut akan diperhalusi terutama SOP masuk ke negeri Melaka, yang mempunyai kawasan liputan yang luas sambil menyatakan pemain industri di tiga destinasi berkenaan diminta bersedia menanti kedatangan pelancong.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan