'Genosid kebudayaan': Tapak bersejarah mana sudah dimusnahkan di Gaza?

Gambar: Mohammed Dahman/AP
GAZA: Sebuah pelabuhan purba yang wujud sejak 800 abad lalu, masjid yang menempatkan manuskrip yang jarang ditemui dan salah sebuah biara Kristian paling tua di dunia merupakan antara sekurang-kurangnya 195 tapak warisan yang sudah dimusnahkan atau dirosakkan sejak perang Israel di Gaza bermula pada 7 Oktober lalu.
Demikian menurut sebuah agensi bukan pemerintah yang merakam kerosakan perang di tapak-takap budaya.
Menghapuskan warisan budaya penduduk merupakan salah satu daripada jenayah perang yang Afrika Selatan dakwa dilakukan oleh Israel dalam tuntutan mahkamah yang dikemukakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada minggu lalu. Ia menyatakan: "Israel sudah merosakkan dan menghapuskan beberapa pusat pembelajaran dan kebudayaan rakyat Palestin", termasuk perpustakaan, tapak keagamaan dan tempat-tempat penting sejarah purba.
Gaza, yang merupakan salah satu kawasan yang sudah lama didiami di dunia, menempatkan pelbagai penduduk sejak sekurang-kurangnya 15 abad dahulu, menurut beberapa ahli sejarah.
Empayar - termasuk warga Mesir, Assyria dan Rom - datang dan pergi, dengan pada beberapa ketika menguasai tanah Kanaan, nenek moyang rakyat Palestin, meninggalkan warisan budaya mereka sendiri. Orang Yunani, Yahudi, Parsi dan Nabatean juga tinggal di sepanjang pantai itu berabad lamanya.
Terletak secara strategik di pantai timur Mediterranean, Gaza berada di kedudukan yang utama dalam perjalanan perdagangan dari Eurasia ke Afrika. Pelabuhan-pelabuhannya merupakan sebuah hab serantau bagi sektor komersial dan kebudayaan. Sejak sekurang-kurangnya 1300 abad lalu, Via Maris - sebuah laluan yang melalui dari Heliopolis di Mesir purba, merentasi pantai barat Gaza dan kemudian menyeberang ke tanah Syria - adalah laluan utama yang akan dilalui oleh para pelawat dalam perjalanan mereka ke Damsyik.
"Jenayah menyasarkan dan memusnahkan tapak-tapak arkeologi harus mendorong dunia dan UNESCO untuk mengambil tindakan dalam melindungi warisan tamadun dan budaya yang hebat ini," tegas Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Gaza selepas Masjid Omari Besar Gaza musnah dalam serangan udara Israel pada 8 Disember lalu.
Angkara serangan berkenaan, sebuah koleksi purba manuskrip yang disimpan di dalam masjid tersebut lesap selama-lamanya. "Koleksi manuskrip tersebut yang kekal di kawasan berdekatan dengan masjid itu dan tidak dapat diakses berikutan konflik berkenaan yang berterusan," jelas Columba Stewart, the CEO Hill Museum and Manuscript Library (HMML), kepada Al Jazeera tidak lama selepas serangan itu dilancarkan.
Berikut adalah antara tapak-tapak yang dilaporkan sudah musnah dan rosak:
MUZIUM
Terdapat empat muzium di Gaza dan dua daripadanya sudah dihapuskan.

Demikian menurut Majlis Antarabangsa Muzium-Arab (ICOM-Arab), yang disahkan Al Jazeera.
Antaranya termasuk Muzium Rafah, yang selesai melaksanakan satu projek selama 30 tahun untuk menyusun secara teliti koleksi syiling purba, plat tembaga dan barang kemas, sekali gus menjadikan ia muzium utama warisan Palestin di Gaza. Ia adalah antara tapak yang terjejas awal dalam perang, di mana ia musnah dalam serangan udara pada 11 Oktober lalu.
PERPUSTAKAAN
Ketika gencatan senjata sementara dilaksanakan selama seminggu mulai 24 November, rakyat Palestin mula meninjau tahap kemusnahan yang berlaku di tanah air mereka. Jelas bahawa banyak bangunan perkhidmatan awam sudah musnah, termasuk Pusat Budaya Rashad El Shawa di Bandar Gaza. Ia pernah menjadi tempat bagi rundingan keamanan antara pemimpin PLO Yasser Arafat dan Presiden Amerika Bil Clinton pada tahun 1990-an. Kedai buku komuniti Samir Mansour, yang sudah dipulihkan menyusuli pengeboman Israel pada 2021, turut mengalami kerosakan yang teruk.
MASJID
Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Gaza menganggarkan sebanyak 104 masjid rosak dan musnah sejak tercetusnya serangan Israel. Ini termasuk Masjid Othman bin Qashqar di kejiranan Zeitoun, Bandar Gaza. Ia dibina pada 1220 di tapak tersebut, di mana moyang Nabi Muhammad dipercayai dikebumikan. Ia mengalami kerosakan teruk berikutan serangan udara pada 7 Disember lalu.

Lantai Gereja Byzantine Jabalia, yang dibina pada 444, yang pernah dihiasi dengan mozek berwarna-warni yang menggambarkan haiwan, insiden memburu dan pokok palma. Dindingnya dihiasi dengan 16 teks agama yang ditulis dalam bahasa Yunani kuno, yang bertarikh ketika era Maharaja Theodosius II, yang memerintah Byzantium dari 408 hingga 450.
Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Gaza membuka semula gereja tersebut pada awal 2022 selepas ia menjalani pembaikpulihan selama tiga tahun dengan kerjasama sebuah pertubuhan Perancis, Premiere Urgence Internationale dan Majlis Britain.
Bagi gereja bersejarah itu, ia dimusnahkan pada Oktober berikutan serangan udara Israel.
TAPAK WARISAN YANG LAIN
Ard-al-Moharbeen, atau Roman Necropolis itu yang digali tahun lalu oleh ahli-ahli arkeologi dari Palestin dan Perancis selepas pekerja-pekerja binaan yang membina perumahan baru menemui makan di tapak berkenaan.

Fadel Alatel, seorang ahli arkeologi di Gaza dan merupakan sebahagian daripada rangkaian Warisan untuk Keamanan, sedang mengusahakan penggalian tersebut sebelum 7 Oktober. Beliau memberitahu Al Jazeera bahawa beliau takut dengan apa yang mungkin berlaku kepada makam yang jarang ditemui itu.
“Ini adalah di kawasan di mana fosforus putih disemburkan. Kerosakan di tapak itu tidak diketahui,” katanya. "Juga cuaca musim sejuk dan hujan yang lebih lebat mungkin bermakna penemuan yang jarang ditemui itu boleh dimusnahkan."
STATUS TIDAK DIKETAHUI
Sementara itu, status banyak lagi tapak-tapak bersejarah Gaza masih kekal tidak diketahui. Menurut Encik Alatel, ia sukar untuk mengikuti situasi tersebut di tanah Gaza memandangkan ia "berubah setiap lima minit". Para jurugambar juga tidak dapat kembali ke kebanyakan tapak untuk menilai tahap kerosakan disebabkan situasi bahaya itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.