Genjatan senjata dicapai di Yaman
Pihak-pihak yang berperang di Yaman mencapai satu genjatan senjata dan penarikan tentera dari Hodeida, bandar pelabuhan yang ditakluk pihak pemberontak Houthi yang disokong Iran.
RIMBO: Pihak-pihak yang berperang di Yaman mencapai satu genjatan senjata dan penarikan tentera dari Hodeida, bandar pelabuhan yang ditakluk pihak pemberontak Houthi yang disokong Iran.
Kata sepakat yang dicapai pada Khamis (13 Dis) itu merupakan perkembangan besar dalam rundingan damai di Sweden yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu usaha mengakhiri konflik lima tahun itu.
Setiausaha Agung PBB Antonio Gutterres berkata pusingan kedua rundingan itu akan diadakan pada lewat bulan depan.
Agenda utamanya mengenai soal penguasaan bandar dan pelabuhan Hodeida yang merupakan kubu kuat terakhir pihak pemberontak Houthi.
Hasil rundingan selama seminggu, kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di seluruh wilayah Hodeida.
"PBB akan memainkan peranan utama di pelabuhan Hodeida. Ini akan memudahkan kemasukan bantuan kemanusiaan dan kiriman makanan kepada para penduduk awam. Ia akan memperelok keadaan hidup jutaan rakyat Yaman," kata Encik Gutterres.
Terletak di Laut Merah, pelabuhan Hodeida merupakan pintu masuk utama bagi kiriman makanan dan bantuan lain ke Yaman.
Sudah berbulan-bulan tentera perikatan yang diterajui Arab Saudi melancarkan serangan untuk menawan semula Hodeida.
Arab Saudi dan sekutu-sekutunya menuduh pihak Houthi menggunakan pelabuhan ini bagi menyeludup senjata dari Iran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.