Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Generasi ketiga penyelam tiram teruskan legasi di Muar

Anggaran Waktu Membaca:

MUAR: Apabila melangkah ke daerah Muar, pastinya pengunjung akan menjejaki keunikan tersendiri yang terdapat di Bandar Maharani Bandar Diraja itu termasuk mi bandung, sate, asam pedas dan hidangan hasil laut seperti tiram.

Tiram yang terdapat di Sungai Muar dipercayai sebagai antara bermutu tinggi di dunia, dan nelayan yang ‘menuai’ hasil di dasar sungai itu masih menggunakan kaedah dan teknik tradisional iaitu menyelam tanpa sebarang peralatan pernafasan.

Seorang penyelam tiram, Zainal Yahya, 68, berkata aktiviti menyelam dan mengutip tiram di Sungai Muar dekat Pangkalan Tiram, kira-kira dua kilometer dari Bandar Muar, sudah mula dilakukan para nelayan sekitar tahun 1858.

Generasi ketiga selam tiram itu berkata pada tahun 1908, Allahyarham datuknya Yep Pantas mula menjadikan aktiviti menyelam dan mengutip tiram di dasar sungai sedalam antara enam dan sembilan meter sebagai punca utama pendapatan bagi menanggung keluarga.

Menurut Zainal, ketika berumur 12 tahun dia mula mengikut bapanya, Allahyarham Yahya Yep ke sungai selain diajar menyelam dengan menahan nafas antara satu hingga dua minit di dasar sungai semasa air surut, dan kini kaedah sama juga telah diajarkan kepada anak lelakinya, Azmi Zainal, 36, yang turut berminat melakukan aktitivi itu.

"Saya akan meneruskan legasi menyelam tiram ini selagi ada hayat kerana ia adalah aktiviti dari generasi ke generasi dengan menggunakan teknik unik. Suatu ketika dahulu terdapat hampir 50 penyelam tiram di Pangkalan Tiram namun kini hanya tinggal lapan orang yang aktif berusia antara 24 dan 69 tahun.

Zainal berkata terdapat dua jenis tiram yang ditemui di Sungai Muar iaitu isi yang berwarna kelabu coklat, dan putih krim dengan memiliki rasa yang enak selain mendapat permintaan yang tinggi termasuk individu, restoran, hotel dan dieksport ke Singapura.


Pada 4 November tahun lepas, media melaporkan menerusi kerjasama penyelidikan antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Queen's University Belfast mengesahkan spesies tiram Crassostrea (Magallana) saidii juga dikenali sebagai tiram putih hanya terdapat di muara Sungai Muar dan tidak terdapat di kawasan lain di dunia.

Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan