Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gendong suami naik turun tangga 4 tingkat, wanita ini tabah jaga suami sakit

Anggaran Waktu Membaca:
Gendong suami naik turun tangga 4 tingkat, wanita ini tabah jaga suami sakit

Gambar: TikTok/@hamsatulhamzah

BANGI: Pengorbanan seorang wanita menjaga suaminya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal mengundang perhatian warganet di laman Facebook.

Kisah wanita yang dikenali sebagai Cikgu June itu dikongsi seorang aktivis kemanusiaan, Hamsatul Hamzah yang tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan tersebut baru-baru ini, lapor ohmymedia.

Menurut Cik Hamsatul, Cikgu June terpaksa menggendong suaminya Mazlan Othman turun naik di bangunan kediaman mereka setiap kali melakukan rawatan susulan di hospital.

"Memahami kepayahan yang dihadapi oleh seorang isteri yang tabah dan setia, di mana setiap kali adanya rawatan susulan di hospital, beliau akan mengendong suaminya yang sakit dari tingkat 4 kediaman mereka sehingga ke bawah.

“Tanpa jemu sentiasa berada di samping suami apabila tiap kali adanya janji temu berjumpa dengan doktor,” tulisnya.

Cik Hamsatul berkata, pihaknya dengan kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat telah meringankan beban pasangan tersebut, lapor ohmymedia.

“Kini, beban beliau dapat dikurangkan apabila Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat bersama-sama membantu beliau membawa suaminya ke hospital.

“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Cikgu June sekeluarga dan Allah mengurniakan sebaik-baik kesembuhan buat suami beliau,” kata Cik Hamsatul.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsi mengenai punca kesakitan dihadapi oleh suami Cikgu June yang dipercayai sudah lama terlantar sakit sehingga tidak mampu menguruskan diri.

Sementara itu, Cikgu June yang dipercayai adalah seorang guru tadika dilihat sekali sekala berkongsi keadaan suaminya menerusi muat naik video di aplikasi TikTok, lapor ohmymedia.

Meninjau reaksi netizen, rata-rata mereka meluahkan rasa simpati dan mendoakan wanita tersebut terus cekal serta tabah menjaga suaminya selain pengorbanan dibalas Allah SWT.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan