Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gencatan senjata di Gaza penting demi tamatkan pertumpahan darah, kata WHO

Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Ahad (10mDis) berkata "tanpa gencatan senjata, keamanan tidak akan wujud" ketika menyentuh mengenai situasi di Gaza.

Beliau membuat kenyataan itu semasa ucapan penutup pada sesi khas lembaga eksekutif WHO, di mana satu resolusi diluluskan, menegaskan bahawa "semua pihak terlibat dalam konflik bersenjata mesti mematuhi kewajipan yang dikenakan ke atas mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa berkaitan dengan perlindungan orang awam dan kakitangan perubatan."

Lembaga eksekutif sebulat suara meluluskan resolusi yang membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza, menekankan keutamaan kesihatan sejagat dan peranan perkhidmatan kesihatan serta bantuan kemanusiaan ke arah perdamaian meskipun dalam situasi mencabar, lapor Agensi Anadolu.

Ketetapan itu menyeru penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan "kadar segera, berterusan dan tanpa halangan," termasuk akses untuk kakitangan perubatan.

Encik Tedros mendesak semua negara anggota khususnya yang mempunyai pengaruh untuk bekerjasama dalam menamatkan konflik di Gaza secepat mungkin.
Sumber : AGENCIES/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan