Gencatan senjata di Gaza akan bermula pada Ahad meski ada lagi isu untuk dihuraikan: Blinken
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP/Ariel Schalit)
DOHA: Gencatan senjata di Carikan Gaza akan tetap bermula pada Ahad (19 Jan) seperti yang dijadualkan.
Ini meskipun perunding masih perlu menghuraikan "beberapa isu yang belum dimuktamadkan" pada saat-saat akhir, menurut Setiausaha Negara Antony Blinken pada Khamis (16 Jan).
Dengan percanggahan pendapat sejak sekian lama antara para menteri, Israel menangguhkan mesyuarat Kabinet bagi meluluskan gencatan senjata dengan Hamas, dan laporan media menyatakan undian mungkin bermula pada Jumaat atau Sabtu, meskipun perjanjian itu dijangka akan diluluskan.
Israel menyalahkan Hamas bagi kelengahan itu, walaupun jet pejuangnya terus melancarkan serangan dahsyat ke atas Gaza selama berbulan-bulan lamanya.
Pihak berkuasa Palestin menyatakan sekurang-kurangnya 86 orang terkorban sejak pengumuman untuk melaksanakan gencatan senjata.
Cabang tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam memberi amaran bahawa serangan-serangan Israel itu boleh membahayakan nyawa orang-orang tebusan yang hendak dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Pegawai kanan Hamas Izzat el-Rashiq berkata kumpulan itu kekal komited kepada perjanjian gencatan senjata, yang dijadual berkuat kuasa mulai Ahad bagi menghentikan tumpahan darah selama 15 bulan.
Seorang pegawai Amerika Syarikat, yang tidak mahu mendedahkan identitinya, berkata kedua-dua pihak menunjukkan kemajuan baik dalam mengharungi halangan pada saat-saat akhir.
"Saya rasa kami akan baik-baik sahaja," katanya kepada Reuters.
Awal dari itu, pegawai itu berkata satu-satunya isu yang masih belum diselesaikan adalah identiti sebilangan tahanan Hamas yang akan dibebaskan.
Utusan Presiden Joe Biden dan bakal Presiden Donald Trump berada di Doha dengan pengantara Mesir dan Qatar bagi menghuraikannya, jelas pegawai itu.
Di Gaza, kegembiraan atas pengumuman gencatan senjata itu bertukar menjadi duka dan marah selepas wilayah itu sekali lagi dibom ekoran pengumuman berkenaan.
Pengumuman gencatan senjata itu dibuat pada Rabu, selepas pengantara Qatar, Mesir dan Amerika mahu menghentikan perang menyusuli serangan maut Hamas ke atas Israel, yang kemudian menyaksikan puluhan ribu penduduk Gaza terbunuh sekali gus memusnahkan wilayah itu.
Perjanjian itu menggariskan gencatan senjata selama enam minggu dengan pengunduran secara berperingkat oleh tentera Israel.
Puluhan tebusan yang diambil Hamas juga akan dibebaskan sebagai pertukaran bagi tahanan Palestin yang ditahan di Israel.
Ia sekali gus membuka jalan bagi lebih banyak bantuan kemanusiaan untuk masuk ke Gaza, di mana sebahagian besar penduduk sudah dipindahkan dan berdepan kelaparan dan kesejukan.
Beberapa barisan lori bantuan juga sedang menunggu di bandar sempadan Mesir, El-Arish, untuk melintasi Gaza, sebaik sahaja sempadan dibuka.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.