Gencatan senjata baru dikuat kuasa di Sudan tetapi terus timbulkan keraguan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: AFP)
KHARTOUM: Satu lagi gencatan senjata dikuatkuasakan di Sudan. Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berkata pihak-pihak yang bertelagah telah bersetuju dengan gencatan senjata selama 72 jam.
Ia merupakan sekurang-kurangnya gencatan senjata yang ketiga diumumkan sejak keganasan tercetus pada bulan tetapi tiada satu pun yang bertahan.
Sekurang-kurangnya 400 orang diketahui maut sejak pertempuran meletus di Sudan, lapor agensi berita BBC.
Encik Blinken telah berhubung dengan pemimpin tentera Sudan dan pasukan separa tentera atau RSF yang bertelagah.
Namun, tidak jelas sama ada gencatan senjata terbaru ini akan bertahan memandangkan gencatan senjata terakhir, yang dikuatkuasakan semasa cuti Aidilfitri, gagal.
Encik Blinken menggesa kedua-dua pihak agar mematuhi gencatan senjata terbaru dan untuk memastikan perlindungan orang awam.
Gencatan senjata itu diharapkan dapat memberi laluan untuk operasi kemanusiaan serta mereka yang ingin melarikan diri dari Sudan.
Ini sedang pemerintah-pemerintah dunia terus mempergiat gerakan untuk membawa keluar warga masing-masing dari Sudan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/MM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.