Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gencatan senjata akan berakhir jika tebusan tidak dibebaskan jelang 15 Feb: Netanyahu

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa (11 Feb) mengisytiharkan perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berakhir dan perang dengan Hamas akan berterusan jika kumpulan itu tidak melepaskan tebusan sebelum tengah hari Sabtu (15 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Gencatan senjata akan berakhir jika tebusan tidak dibebaskan jelang 15 Feb: Netanyahu

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu akan memulakan perbincangan fasa kedua gencatan senjata dengan Hamas sedang kekerasan di Tebing Barat kian meningkat. (Gambar fail: Brendan SMIALOWSKI / AFP)

Diterbitkan : 12 Feb 2025 07:45AM Dikemas Kini : 12 Feb 2025 07:47AM
REUTERS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa (11 Feb) mengisytiharkan perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berakhir dan perang dengan Hamas akan berterusan jika kumpulan itu tidak melepaskan tebusan sebelum tengah hari Sabtu (15 Feb).

"Menyusuli pengumuman Hamas mengenai keputusannya untuk melanggar perjanjian ini dan tidak melepaskan tebusan kami, pada Isnin malam (10 Feb) saya mengarahkan tentera Israel supaya mengerahkan askar-askar ke dalam dan di sekitar Carikan Gaza.

"Operasi ini sedang dijalankan pada waktu ini. Ia akan diselesaikan dalam masa terdekat ini," tegas Encik Netanyahu.

Pengumuman itu dibuat selepas Encik Netanyahu bertemu dengan beberapa menteri kanan, di mana beliau katakan telah memberikan sokongan penuh kepada rancangannya.

Sungguhpun begitu, ia tidak segera jelas jika Encik Netanyahu maksudkan Hamas perlu melepaskan semua tebusan di Gaza atau sekadar tiga tebusan yang sepatutnya dilepaskan pada Sabtu di bawah perjanjian gencatan senjata tersebut.

Pejabat Perdana Menteri Netanyahu tidak segera menjawab permohonan Reuters mendapatkan komen berhubung hal itu.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump juga berkata pada Isnin bahawa Hamas perlu melepaskan semua tebusannya sebelum Sabtu ini atau perlu menghadapi kesan akibat.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan