Genap setahun Presiden Prabowo memimpin, pencapaian beliau bercampur-campur
Bantahan pelajar di Jakarta mewarnai ulang tahun pertama pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Bantahan pelajar di Jakarta mewarnai ulang tahun pertama pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
Lebih 1,000 anggota keselamatan dikerahkan bagi mengawal ketenteraman.
Presiden Prabowo hari ini (20 Okt) mengadakan pertemuan dengan Kabinet Merah Putih bagi membincangkan pencapaian serta keutamaan program-program selanjutnya.
Dalam melangkah ke tahun kedua, tumpuan kini beralih kepada sudut kecekapan, kebertanggungjawaban serta kemajuan sosial yang boleh diukur.
Namun, pelaksanaan beberapa program utama tidak berjalan sepenuhnya sesuai rancangan.
Para pelajar di sebuah sekolah menengah atas di Jakarta Selatan yang dikunjungi wartawan dari Mediacorp bersemangat untuk menimba ilmu baharu.
Pelajaran hari ini - penulisan kreatif dan cara menulis memoir peribadi.
Mereka berasal dari keluarga berpendapatan rendah dan menghadiri "Sekolah Rakyat" - program yang dilancarkan pentadbiran Presiden Prabowo pada Julai lalu demi memutuskan lingkaran kemiskinan antara generasi.
Sekolah Rakyat tersebut beroperasi dalam kawasan milik Kementerian Hal Ehwal Sosial. Kerja-kerja renovasi sudah mengubah tempat berkenaan dengan bilik darjah, asrama dan pelbagai ruang pembelajaran yang lain - semuanya direka untuk memberi pelajar pengalaman pendidikan yang lebih bermakna.
Bulan lalu, Presiden Prabowo melawat sekolah itu untuk bertemu dengan para pelajar dan melihat sendiri perkembangan mereka.
Program tersebut menawarkan sistem sekolah berasrama penuh dari peringkat sekolah rendah sehingga menengah atas - semuanya secara percuma.
Pemerintah berhasrat untuk membina 500 sekolah sedemikian di merata negara menjelang 2029.
"Ternyata, semua anak Indonesia itu hebat. Dari lingkungan mana pun, asal diberi kesempatan dan diasuh dengan baik. Maka kesedaran itu akan tumbuh dan motivasi itu akan tumbuh.
"Jadi mereka sekarang sudah mulai punya mimpi, punya harapan kalau saya akan berjaya," kata Ratu Mulyanengsih dari Sekolah Rakyat Menengah Atas 10, Jakarta Selatan.
Program makanan percuma adalah satu lagi inisiatif unggulan Encik Prabowo. Ia disediakan terutamanya bagi anak-anak sekolah untuk menangani kekurangan gizi dan pertumbuhan terbantut.
Namun, program tersebut dibelenggu pelbagai kes keracunan makanan sejak dimulakan pada Januari lalu.
Dalam pada itu, Encik Prabowo mempertahankan program tersebut yang kini menjangkau lebih 30 juta pelajar.
"Ada kekurangan, ada keracunan. Ini kita perbaiki, tapi dari segi statistik dibandingkan yang sudah kita capai, ternyata penyimpangan kekurangan itu adalah 0.00017 (peratus). Cukup membanggakan apa yang kita hasilkan," kata Encik Prabowo.
Tahun pertama Encik Prabowo menjadi ketua negara turut diuji bantahan besar-besaran di pelbagai bandar utama Indonesia - dicetuskan oleh kemarahan orang ramai terhadap lonjakan elaun perumahan untuk para Anggota Parlimen yang dikecam hebat, serta kekecewaan mendalam terhadap ketidaksamaan dan rasuah.
Bantahan-bantahan itu bertukar menjadi ganas, mengakibatkan sepuluh orang terbunuh - ia menjadi salah satu cabaran terbesar setakat ini kepada kepresidenan Encik Prabowo.
Ekoran pergolakan tersebut, Encik Prabowo merombak Kabinetnya dua kali dalam tempoh dua minggu - langkah yang dilihat sebagai usaha untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mengukuhkan sokongan politiknya untuk jangka panjang.
Pihak tentera turut memainkan peranan dalam mengukuhkan kuasa Presiden Prabowo.
Pada awal Oktober, angkatan bersenjata Indonesia meraikan ulang tahun yang ke-80 dengan pertunjukan kekuatan besar-besaran - menegaskan peranan tentera yang semakin ketara dalam pentadbiran awam serta dalam pemerintah Encik Prabowo.
"Tentu saja ada kekhuatiran dari masyarakat awam bahawa akan kembali seperti masa Orde Baru. Dwifungsi dalam bentuk yang berbeza. Di satu sisi, Prabowo memerlukan sokongan politik yang cukup kuat, dan tentera, meskipun setelah masa reformasi ia mengalami perubahan peranan politik, tetapi tetap sebagai aktor yang menentukan," kata Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurus Institut Setara, Bonar Tigor Naipospos.
Satu ciri yang mentakrifkan tahun pertama kepimpinan Presiden Prabowo adalah penglibatan di bidang diplomatik.
Penampilan Encik Prabowo di pentas dunia berlaku semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.
"Kita mesti punya Palestin yang merdeka, tetapi kita juga mesti mengiktiraf, kita mesti menghormati serta mesti menjamin keselamatan Israel. Hanya dengan itu kita boleh mencapai keamanan sebenar - tanpa kebencian, tanpa rasa curiga," kata beliau.
Sedang Presiden Prabowo melangkah ke tahun kedua kepimpinannya, beliau menghadapi cabaran untuk memulihkan keyakinan orang ramai selepas setahun yang bergolak.
Keupayaan beliau untuk menukar janji-janji yang melangit kepada kemajuan yang berkekalan bakal menentukan bukan sahaja kepresidenannya, tetapi juga legasi yang ditinggalkan kelak.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.