Gen Z India di Instagram jejas pengaruh Modi jelang pilihan raya negeri
Anggaran Waktu Membaca:
- Gerakan belia 'lipas' di India memaksa Menteri Pendidikan Dharmendra Pradhan meletak jawatan selepas isu kebocoran kertas peperiksaan universiti.
- Tunjuk perasaan belia berkembang kepada isu pengangguran, peluang ekonomi dan akauntabiliti kerajaan, mencerminkan keresahan terhadap masa depan.
- Perdana Menteri Narendra Modi cuba meredakan keadaan melalui video di Instagram, namun tindakan itu tidak berjaya menghentikan protes.
- Penganalisis menjangka perubahan ini boleh memberi kesan kepada Parti BJP dan landskap politik menjelang pilihan raya negeri dan umum akan datang.
NEW DELHI: Kejayaan gerakan belia "lipas" memaksa Menteri Pendidikan India Dharmendra Pradhan meletak jawatan dilihat sebagai tamparan politik kepada Perdana Menteri Narendra Modi menjelang beberapa pilihan raya negeri penting tahun depan.
Penganalisis berkata perkembangan itu menunjukkan semakin ramai golongan muda mula mempersoalkan kepimpinan Encik Modi selepas lebih sedekad beliau mendominasi politik India.
Gerakan "lipas" bermula menyusuli dakwaan kebocoran kertas peperiksaan kemasukan universiti, namun kemudiannya berkembang menjadi tunjuk perasaan yang membangkitkan isu pengangguran, peluang ekonomi dan akauntabiliti pemerintah.
Beberapa penganalisis berpandangan kemarahan golongan muda bukan hanya berpunca daripada isu peperiksaan, malah mencerminkan kebimbangan terhadap peluang pekerjaan serta kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap pasaran kerja.
Dalam usaha meredakan keadaan, Encik Modi memuat naik rakaman video di Instagram minggu lalu dengan menyatakan beliau bersimpati terhadap nasib pelajar dan berjanji mengambil langkah penambahbaikan.
Bagaimanapun, tindakan itu gagal meredakan tunjuk perasaan yang akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Encik Dharmendra pada Sabtu (25 Jul).
Penganalisis politik Amitabh Tiwari berkata isu kebocoran peperiksaan hanyalah pencetus kepada rasa tidak puas hati yang lebih besar dalam kalangan belia India.
Menurut beliau, kemarahan itu mencerminkan kebimbangan, kekecewaan dan keresahan mereka terhadap masa depan.
Penganalisis turut berpandangan Instagram kini menjadi platform utama golongan muda India, sekali gus mengubah landskap komunikasi politik yang sebelum ini lebih tertumpu kepada platform X.
Mereka berkata perubahan itu mungkin memberi kesan kepada Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Encik Modi menjelang pilihan raya negeri pada tahun depan dan pilihan raya umum yang dijadual berlangsung pada 2029.

Sumber : Reuters/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.