Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa Turki: Petinju wanita lelong tali pinggang kejohanan demi bantu mangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa Turki: Petinju wanita lelong tali pinggang kejohanan demi bantu mangsa

Gambar: Facebook/Alanya Alaaddin Keykubat Universitesi

ANKARA: Seorang petinju wanita sanggup melelong tali pinggang kejohanan yang dimenanginya demi membantu mangsa gempa bumi di Turki.

Juara gelaran Majlis Tinju Dunia (WBC) 2022, Seren Ay Cetin, 26 tahun, berkata beliau akan meletakkan tali pinggang gelaran WBC Silver Bantamweight miliknya untuk lelongan.

Beliau berharap dapat menjual tali pinggang kemenangannya itu pada harga sekurang-kurangnya satu juta lira Turki atau kira-kira S$67,790.

Dalam satu hantaran di Twitter, Seren juga berjanji untuk memberikan semua hasil kepada Ahbap, sebuah pertubuhan bukan pemerintah Turki yang membantu mangsa gempa bumi.

Cetin merupakan petinju wanita Turki pertama yang memenangi gelaran WBC selepas memenangi Eva Voraberger dari Austria, juara dunia WBC dua kali, dalam pertarungan yang diadakan Mei lalu di Istanbul.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan