Gempa-tsunami Sulawesi: 152,000 mangsa dikhuatiri masih tertimbus
Seramai 152,000 mangsa dianggarkan masih lagi tertimbus akibat gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter dan ombak tsunami yang melanda bandar Palu di pulau Sulawesi pada Jumaat lalu (28 Sep).
Seramai 152,000 mangsa dikhuatiri masih tertimbus akibat gempa-tsunami Sulawesi. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)
KOTA PALU: Seramai 152,000 mangsa dianggarkan masih lagi tertimbus akibat gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter dan ombak tsunami yang melanda bandar Palu di pulau Sulawesi pada Jumaat lalu (28 Sep).
Pengarah Penerangan dan Media Kementerian Luar Indonesia, Acmad Ramadan, berkata pada masa yang sama, lebih 65,700 kediaman turut musnah akibat bencana itu.
"Setakat ini, kita sudah menemui sebanyak 1,558 mayat mangsa, yang kebanyakkannya tertimbus di dalam tanah.
"Mereka yang cedera pula adalah seramai 2,549 orang, dan sesetengah sudahpun dipindahkan ke hospital di daerah-daerah lain bagi mendapatkan rawatan," kata beliau hari ini (5 Okt).
Encik Acmad menambah keadaan tanah serta kehendak keluarga yang inginkan jasad mangsa yang terkorban ditemukan dalam keadaan sempurna menjadi antara kesukaran yang dialami pasukan mencari dan menyelamat dalam menggali keluar mangsa.
"Kami akan lakukan yang terbaik bagi memastikan semua mangsa yang terkorban dapat dikebumikan dengan sempurna," katanya.
Beliau berkata pemerintah Indonesia tidak menetapkan sebarang tarikh akhir bagi usaha mencari dan menyelamat.
"Tiada tetapan untuk pencarian mangsa. Ia akan diteruskan setiap hari," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Sulawesi Tengah Brigadier Jeneral, Ermi Widyatno, berkata cuaca baik sehingga ini membantu operasi mencari dan menyelamat.
"Bantuan asing juga kini boleh menembusi tiga kawasan utama iaitu Sigi, Dongala dan Palu... dan kami menjangkakan akan menemui lebih banyak mangsa," kata beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.