Gempa susulan landa Caracas sedang usaha menyelamat masuk tempoh genting di Venezuela
Anggaran Waktu Membaca:
Anggota penyelamat bertukar-tukar maklumat di Catia La Mar, wilayah La Guaira, Venezuela, 29 Jun 2026. (Gambar: REUTERS/Miguel Medina)
CARACAS: Penduduk Caracas terjaga pada Isnin (29 Jun) disebabkan oleh gempa susulan yang menggegarkan rumah mereka, sedang pasukan penyelamat meneruskan kerja mencari dan menyelamat tanpa henti buat hari keempat di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi kuat di Venezuela pada minggu lalu.
Menurut agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa susulan berukuran 4.6 magnitud yang berpusat pada kedalaman 10 km melanda utara ibu kota Venezuela, Caracas, pada awal pagi Isnin.
Tiada kerosakan dilaporkan serta-merta akibat gempa susulan itu, kata Presiden Perhimpunan Kebangsaan, Jorge Rodriguez, menerusi media sosial.
Usaha menyelamat kini tertumpu di La Guaira, wilayah yang paling teruk terjejas di negara yang sekian lama dibelenggu krisis politik dan ekonomi yang mendalam.
Dua gempa bumi yang berlaku serentak pada Rabu lalu mengorbankan hampir 1,500 orang, manakala ratusan bangunan runtuh.
Masyarakat antarabangsa sudah bersatu untuk membantu Venezuela ekoran bencana tersebut. Menurut pihak berkuasa Venezuela, negara itu menerima sokongan daripada 24 buah negara, yang menghantar lebih 500 tan metrik bekalan bantuan, lebih 2,700 anggota penyelamat dan sokongan, serta kira-kira 86 pasukan anjing pengesan.
PENCARIAN MANGSA YANG SELAMAT MASIH DITERUSKAN
Pasukan penyelamat tempatan dan antarabangsa meneruskan usaha mereka sepanjang malam, manakala keluarga mangsa yang hilang masih menaruh harapan agar mangsa yang terselamat dapat ditemui.
Presiden El Salvador, Nayib Bukele, berkongsi tentang kejayaan menyelamat seorang pemuda berusia 21 tahun bernama Aaron Levi di sebuah bangunan yang runtuh di wilayah La Guaira yang dilanda bencana.
"Beliau berjaya diselamatkan hasil usaha bersepadu pasukan penyelamat dari Venezuela, Mexico dan El Salvador," katanya di laman X.
Presiden sementara Venezuela, Delcy Rodriguez, turut berkongsi kisah Levi dan menjelaskan bahawa pemuda itu berjaya dikeluarkan selepas 106 jam terperangkap di bawah runtuhan melalui operasi menyelamat yang berlangsung selama 43 jam.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.