Gempa sekuat 6.3 Richter landa selatan Filipina
Anggaran Waktu Membaca:
Peta menunjukkan lokasi gempa bumi 6.3 skala Richter yang melanda luar pesisir selatan Filipina pada 5 Ogos 2026. (Gambar: USGS)
MANILA: Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda luar pesisir selatan Filipina pada Rabu (5 Ogos), menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa itu berlaku pada pukul 12.14 tengah hari, sekitar 32 kilometer (km) barat daya pulau Sarangani.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan setakat ini, tiada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan.
Seorang anggota penyelamat di pulau Sarangani, Harly Sauro, berkata gegaran berlaku ketika ramai penduduk berkumpul untuk menerima bantuan kewangan pemerintah.
"Gegarannya agak kuat. Saya melihat orang ramai panik. Mereka berlari dan menjerit," katanya.
Namun, beliau berkata semua yang berada di kawasan tersebut selamat dan pihaknya tidak menjangkakan sebarang korban jiwa atau kerosakan.
Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik, gempa itu berlaku pada kedalaman 62 kilometer.
Ia berlaku hampir dua bulan selepas gempa bumi kuat melanda Mindanao pada 8 Jun, yang meruntuhkan bangunan dan mencetuskan tanah runtuh.
Mediacorp kini melaporkan angka korban gempa tersebut sekurang-kurangnya 76 orang.
Filipina kerap dilanda gempa bumi kerana terletak di Lingkaran Gunung Berapi Pasifik, kawasan yang mengalami kegiatan seismik aktif.

Sumber : AFP/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.