Skip to main content

Dunia

Gempa sekuat 6.3 Richter gegar timur laut Jepun; tiada amaran tsunami dikeluarkan

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa sekuat 6.3 Richter gegar timur laut Jepun; tiada amaran tsunami dikeluarkan

Minamisanriku, wilayah Miyagi, utara Jepun, pada 6 Mac 2021. (Gambar fail: AP/Eugene Hoshiko)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 15 May 2026 09:33PM
TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud 6.3 menggegarkan timur laut Jepun pada Jumaat (15 Mei), tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Agensi Berita Kyodo.

Pusat gempa yang berlaku pada 8.22 malam itu terletak di luar pesisir Wilayah Miyagi pada kedalaman kira-kira 50 kilometer, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Gempa bumi itu mencatatkan kekuatan bawah tahap 5 pada skala seismik Jepun yang mempunyai tujuh tahap di beberapa kawasan di Wilayah Miyagi serta kekuatan tahap 4 di Iwate dan beberapa bahagian Miyagi.

Menurut JR East, perkhidmatan kereta api laju antara Tokyo dan Wilayah Aomori di Laluan Shinkansen Tohoku digantung menyusuli gempa itu.

Tiada sebarang keadaan luar biasa dilaporkan di loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang terkesan akibat bencana nuklear 2011 di timur laut Jepun, menurut pengendali loji berkenaan. 
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita