Gempa sekuat 6.1 Richter gegar tengah Indonesia
JAKARTA: Gempa bumi kuat berukuruan 6.1 pada skala Richter melanda bahagian tengah Indonesia hari ini (22 Jan).
Demikian menurut agensi berita Xinhua, yang menukil Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMGK) Indonesia.
Gempa bumi itu melanda pada 9.26 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 12 kilometer di dasar laut, sekitar 39 kilometer dari bahagian tenggara bandar Melonguane di daerah Talaud.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.