Gempa sekuat 6.0 Richter landa Bengkulu, Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
Bangkok mengalami gegaran lemah menyusuli gempa bumi yang berlaku di pesisir pantai selatan Myanmar.(Gambar: Petrovich9/iStock)
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda perairan barat wilayah Bengkulu, Indonesia pada pagi Jumaat (23 Mei), mengakibatkan beberapa orang cedera dan sejumlah rumah rosak.
"Gegaran dirasai dengan kuat oleh penduduk di Kota Bengkulu," kata Setiausaha Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Wilayah Bengkulu, Reza Afriyanto kepada Xinhua.
Kira-kira 33 buah rumah dan sebuah bangunan mengalami kerosakan di Kota Bengkulu, manakala beberapa penduduk turut cedera.
Tiada kematian dilaporkan setakat ini di wilayah tersebut, menurut laporan media tempatan.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia pada awalnya melaporkan gempa itu berukuran 6.3 pada skala Richter sebelum menyemak semula kepada 6.0.
Gegaran berlaku pada pukul 2.52 pagi waktu Jakarta pada Jumaat, dengan pusat gempa terletak 47 kilometer dari barat daya Kota Bengkulu pada kedalaman 84 kilometer di bawah dasar laut.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.