Gempa sekuat 5.9 magnitud gegar Hokkaido
Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda luar pesisir timur Hokkaido di utara Jepun pada awal Sabtu (25 Okt).
TOKYO: Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda luar pesisir timur Hokkaido di utara Jepun pada awal Sabtu (25 Okt), menurut agensi cuaca negara itu yang memaklumkan tiada ancaman tsunami menyusuli gegaran berkenaan, lapor Agensi Berita Kyodo.
Agensi Meteorologi Jepun berkata gempa bumi itu berpusat di tenggara Semenanjung Nemuro pada kedalaman kira-kira 40 kilometer dan berlaku pada 1.40 pagi, dengan kekuatan maksimum lima bawah pada skala intensiti seismik Jepun di beberapa kawasan Hokkaido.
Ketika gempa bumi berlaku, Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana menyiarkan amaran kecemasan yang meramalkan gegaran boleh mencecah tahap lima atas pada skala seismik Jepun.
Kerajaan turut menubuhkan pejabat perhubungan di Pejabat Perdana Menteri bagi menangani situasi berkenaan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.