Gempa sekuat 5.8 Richter gegar Cebu
Sebuah gempa bumi sekuat 5.8 pada skala Richter menggegarkan Cebu pada awal pagi Isnin (13 Okt), lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter menggegarkan Cebu pada 13 Oktober 2025. (Gambar hiasan: iStock/Petrovich9)
Gempa tektonik sebelum ini dicatatkan pada kekuatan 6.0 pada skala Richter itu berlaku 10 kilometer ke barat daya Bogo City pada pukul 1.06 pagi waktu tempatan.
Pusat gempa dikesan pada kedalaman lima kilometer.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), gegaran dirasai di Bogo City, Daanbantayan, Medellin, San Remigio, Tabogon dan Tabuelan di wilayah Cebu, Villaba di Leyte, serta Bandar Escalante di Negros Occidental.
Phivolcs memaklumkan gempa susulan dan kerosakan harta benda berkemungkinan berlaku susulan gegaran itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.