Gempa sederhana landa utara Laut Maluku, Indonesia
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter dikesan berlaku di utara Laut Maluku, Indonesia pada 10.13 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini (24 Jan) memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 155 kilometer (km) tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia, pada kedalaman 72km.
Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Awal dari itu, gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda kawasan yang sama pada 18 Jan.
Gegaran ketika itu berlaku pada kedudukan 163km selatan dari Pulau Talaud dengan kedalaman 67km.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.