Gempa sederhana landa Laut Banda, kepulauan FIlipina
Dua gempa bumi berskala sederhana direkodkan di Indonesia dan Filipina pada pagi Khamis (1 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi berskala sederhana direkodkan di Indonesia dan Filipina pada pagi Khamis (1 Jan).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya pada Khamis (1 Jan) memaklumkan gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda kawasan Laut Banda, Indonesia pada pukul 11.05 pagi berpusat pada koordinat 6.7 darjah selatan dan 130.1 darjah timur dengan kedalaman 103 kilometer (km).
Gempa bumi itu berada pada jarak 398 km dari tenggara Ambon, Indonesia.
Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter pula melanda kepulauan Filipina pada pukul 10.56 pagi, berpusat pada koordinat 5.0 darjah utara dan 127.4 darjah timur, dengan kedalaman 65 km.
Gempa bumi itu berada pada jarak 136 km dari timur laut Pulau Talaud, Indonesia.
MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia menyusuli dua gempa bumi itu.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.