Gempa sederhana gegar utara Sumatera
Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada pukul 9.26 malam, Isnin (11 Mac).

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada pukul 9.26 malam, Isnin (11 Mac).
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dilaporkan berlaku 68 kilometer dari bahagian utara Nias, Indonesia dengan kedalaman 51 kilometer.
Gempa berkenaan bagaimanapun tidak mencetuskan ancaman tsunami, menurut kenyataan itu lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.