Gempa lemah 2.7 Richter landa Segamat, Johor
Anggaran Waktu Membaca:
MetMalaysia mengesahkan kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 berlaku di Segamat pada 30 Ogos 2025. (Gambar: Google Image)
SEGAMAT: Jabatan Kajian Cuaca Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kejadian gempa bumi di Segamat pada pukul 7. 29 pagi Sabtu (30 Ogos).
MetMalaysia dalam kenyataannya menyatakan bahawa gempa bumi itu berpusat di koorninat 5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur dengan magnitud 2.7 pada jarak dua kilometer barat laut dari Segamat pada kedalaman 10km.
Gempa bumi lemah pada pagi Sabtu (30 Ogos) merupakan kejadian kali keenam menyusuli gegaran sebelum ini.
Awal dari itu, MetMalaysia mengesahkan kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 pada jam 4.24 pagi Jumaat.
Gegaran itu merupakan kali kelima selepas gegaran berlaku pada pukul 7.56 malam kelmarin dengan magnitud 2.5.
Pada Rabu (27 Ogos), gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada pukul 8.59 pagi dikesan di daerah itu dengan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Johor serta selatan Pahang.
Sebelum itu, pada 24 Ogos lalu, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di daerah itu pada pukul 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1.
Ia disusuli gegaran kedua pada pukul 9.00 pagi di Yong Peng, 28 kilometer (km) dari barat laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10km.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.