Skip to main content

Dunia

Gempa kuat landa luar pantai barat Sumatra Utara

Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda luar pantai barat Sumatra Utara pada Khamis (27 Nov) pada pukul 12.56 tengah hari.
Anggaran Waktu Membaca:
Gempa kuat landa luar pantai barat Sumatra Utara
Gempa bumi tersebut berpusat pada koordinat 2.7 darjah utara dan 95.9 darjah timur, kira-kira 8 kilometer di selatan Simeulue, Indonesia. (Gambar: MetMalaysia)
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda luar pantai barat Sumatra Utara pada Khamis (27 Nov) pada pukul 12.56 tengah hari.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berpusat pada koordinat 2.7 darjah utara dan 95.9 darjah timur, kira-kira lapan kilometer dari selatan Simeulue, Indonesia, dengan kedalaman 57 kilometer.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia, lapor Astro Awani.

Sungguhpun demikian, MetMalaysia mengesahkan bahawa ia tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita