Gempa kuat landa Jawa Barat, tiada amaran tsunami
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di wilayah Jawa Barat pada Sabtu (3 Dis).
Demikian menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan, namun BMKG memberi amaran kepada orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan gempa susulan.
Gempa itu berlaku pada 4.49 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 52 kilometer (km) barat daya Garut pada kedalaman 118 km.
Gegaran dirasai di ibu kota Jakarta, kira-kira 154 km dari pusat gempa dengan bangunan tinggi bergoyang selama beberapa saat ketika gempa berlaku.
Bulan lalu, gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda daerah Cianjur, Jawa Barat, mengorbankan lebih 300 nyawa.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.