Gempa kuat gegarkan sempadan Thailand-Laos
Gempa bumi kuat melanda dekat sempadan Thailand dengan Laos pada Khamis (21 Nov).
Petikan skrin USGS
BANGKOK: Gempa bumi kuat melanda dekat sempadan Thailand dengan Laos pada Khamis (21 Nov).
Jabatan Geologi Amerika Syarikat menyatakan gempa sekuat 6.1 pada skala Richter itu berpusat pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 92 kilometer dari timur laut Muang Nan pada sekitar 6.50 pagi waktu tempatan.
Gempa tersebut dirasakan di merata utara Thailand dan para penduduk di bangunan-bangunan tinggi sejauh Bangkok, lebih 600 kilometer dari selatan. Para penduduk dekat dengan pusat gempa melaporkan gempa susulan.
Jabatan kaji cuaca Thailand menyatakan tiada kerosakan teruk dilaporkan namun para pegawai akan memeriksa tapak-tapak bersejarah di kawasan itu, menurut laman Manager Online.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.