Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa kuat 7.6 Richter gegar Mexico; 1 maut

Anggaran Waktu Membaca:
MEXICO CITY: Gempa bumi kuat melanda barat Mexico pada Isnin (19 Sep) sedang negara itu memperingati ulang tahun dua gempa bumi dahsyat.

Gempa itu meragut nyawa sekurang-kurangnya seorang mangsa, merosakkan bangunan, memutuskan bekalan elektrik dan menyebabkan para penduduk Mexico City lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador mengatakan dalam ucapan video kepada seluruh negara bahawa seorang mangsa meninggal dunia di pelabuhan Manzanillo selepas tembok runtuh di sebuah kedai.

Sejurus selepas jam 1.00 tengah hari, gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter melanda berhampiran pantai di wilayah Michoacan dan Colima pada kedalaman sekitar 15 kilometer (km), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Datuk Bandar Mexico City Claudia Sheinbaum mengatakan tiada kerosakan dilaporkan di bandar tersebut sejauh ini.

Pada tarikh yang sama, gempa bumi dahsyat menggegarkan negara itu pada 1985 dan 2017.

Dalam mesej yang disampaikan sebelum mengumumkan kematian mangsa gempa itu, Encik Lopez Obrador berkata kerosakan harta benda dilaporkan di kawasan berdekatan dengan pusat gempa tersebut.

Gambar-gambar yang dimuat naik ke lelaman media sosial menunjukkan sesetengah bangunan rosak teruk.

Beribu-ribu penduduk maut dalam gempa bumi pada 19 September 1985 dan lebih 350 terkorban dalam gempa bumi pada 19 September 2017.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tsunami bagi beberapa bahagian pantai di Mexico dan menyatakan ombak antara satu hingga tiga meter melepasi paras air pasang boleh berlaku.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan