Gempa kuat 7.1 Richter gegarkan selatan California
Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan California Selatan pada Jumaat, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan sebuah pertubuhan di Eropah yang memantau gempa bumi.
LOS ANGELES: Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan California Selatan pada Jumaat, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan sebuah pertubuhan di Eropah yang memantau gempa bumi.
Ini menyusuli gempa bumi pada Khamis yang merupakan paling dahsyat pernah melanda wilayah itu dalam tempoh 25 tahun.
Tiada kerosakan dilaporkan setakat ini. Gempa bumi itu berpusat 202 kilometer dari utara Los Angeles dan kemudian ukurannya diturunkan kepada 6.9 oleh Agensi Seismologi Mediterranean Eropah.
Gempa susulan kuat turut menggegarkan kawasan itu sejak gempa bumi berukuran 6.4 melanda pada Khamis. Hanya beberapa kecederaan dilaporkan akibat gempa pada Khamis, namun dua rumah terbakar akibat gas paip yang bocor, menurut pihak berkuasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.