Gempa kuat 6.0 Richter gegar barat Indonesia; tiada amaran tsunami
Gempa berukuran 6.0 pada skala Richter itu berpusat sekitar 48 kilometer (km) dari tenggara Singkil, sebuah daerah pantai di wilayah Aceh. Ia berlaku pada kedalaman 48km, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa berukuran 6.0 pada skala Richter itu berpusat sekitar 48 kilometer (km) dari tenggara Singkil, sebuah daerah pantai di wilayah Aceh. Ia berlaku pada kedalaman 48km, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.
Indonesia, sebuah kepulauan dengan lebih 270 juta penduduk, kerap kali dilanda gempa bumi dan letusan gunung berapi disebabkan oleh kedudukannya di lingkaran gunung api, di mana gunung berapi dan garis sesar bertemu di Lembangan Pasifik.
Gempa 5.6 skala Richter pada 21 November tahun lalu meragut sekurang-kurangnya 331 nyawa dan mencederakan lebih 600 yang lain di bandar Cianjur di Jawa Barat. Ia adalah gempa paling dahsyat melanda Indonesia sejak gempa dan tsunami pada 2018 di Sulawesi, mengorbankan sekitar 4,340 jiwa.
Pada 2004, gempa yang sangat dahsyat di Lautan Hindi mencetuskan tsunami dan menyebabkan lebih 230,000 nyawa hilang di 12 negara, kebanyakannya di wilayah Aceh, Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.