Gempa kembar Venezuela: Angka korban meningkat kepada lebih 200
Seorang wanita berjalan melepasi sebuah bangunan yang rosak akibat gempa bumi di La Guaira, Venezuela, pada Khamis, 25 Jun 2026. (Gambar: AP/Pedro Mattey)
Awal dari itu, Presiden Dewan Perundangan Venezuela Jorge Rodrigue berkata 1,520 cedera dan negara itu berlumba dengan masa untuk menyelamatkan mereka yang cedera dan terperangkap, sambil menambah bahawa angka itu akan dikemas kini dalam beberapa jam akan datang.
Kira-kira 200 orang terperangkap di bawah runtuhan dan 157 yang lain masih hilang, katanya.
Venezuela merekodkan 138 gegaran susulan setakat tengah hari Khamis, kata Encik Rodriguez.
Berikutan gegaran susulan yang berterusan itu, pemerintah Venezuela mengisytiharkan beberapa kawasan termasuk wilayah La Guaira sebagai zon bencana.
Sekurang-kurangnya 346 bangunan rosak, termasuk lapan hospital, dengan beberapa daripadanya sudah dikosongkan, katanya.
Encik Rodriguez berkata pasukan penyelamat antarabangsa dari beberapa negara sudah tiba di Venezuela untuk membantu operasi bantuan.
Beliau turut menyeru orang ramai supaya menderma bekalan kecemasan di pusat pengumpulan di seluruh negara.
Pekerja penyelamat masih mencari mangsa yang terselamat di bangunan runtuh, manakala jentera berat mula tiba di lokasi bencana ketika operasi menyelamat diteruskan.
Ramai rakyat Venezuela mula bermalam di jalanan atau di dalam kereta awal Khamis kerana gegaran susulan yang berlanjutan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.