Skip to main content

Dunia

Gempa kembar Venezuela: Angka korban meningkat kepada 2,954

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa kembar Venezuela: Angka korban meningkat kepada 2,954

Sebuah bangunan yang rosak akibat gempa bumi dipaparkan dengan tulisan 'S.O.S.' yang dicat pada strukturnya di La Guaira, Venezuela. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 05 Jul 2026 08:46AM
CARACAS: Angka korban akibat dua gempa bumi dahsyat yang melanda Venezuela meningkat kepada 2,954 orang, menurut angka rasmi yang dikeluarkan pada Sabtu (4 Jul).

Angka korban meningkat lebih 300 orang sejak Jumaat, manakala lebih 16,000 orang cedera menyusuli bencana pada 24 Jun yang meruntuhkan berpuluh-puluh bangunan dan menyebabkan beribu-ribu lagi masih hilang.

Bencana yang menjadi antara gempa bumi paling dahsyat di Amerika Latin itu turut menyebabkan lebih 16,000 penduduk kehilangan tempat tinggal, selain memusnahkan 190 bangunan, kebanyakannya di kawasan pesisir La Guaira di utara ibu negara Caracas.

Sepuluh hari selepas gempa kembar berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud itu, pasukan penyelamat mula menamatkan operasi mencari mangsa yang masih hidup, manakala keluarga mangsa berusaha mengeluarkan mayat orang tersayang daripada timbunan runtuhan.

Tempoh kritikal untuk menyelamatkan mangsa bencana seperti gempa bumi lazimnya berakhir selepas 72 jam, walaupun beberapa mangsa berjaya ditemui masih hidup minggu ini.
Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita