Gempa kembar Venezuela: Angka kematian naik kepada 589, ribuan masih hilang
Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan yang musnah akibat gempa berkembar di Venezuela, 25 Jun 2026. (Gambar: Reuters/Gaby Oraa)
CARACAS: Jumlah rasmi angka korban akibat dua gempa bumi di Venezuela meningkat lebih dua kali ganda pada Jumaat (26 Jun) kepada 589 orang, menurut Presiden Sementara, Delcy Rodriguez, ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan.
"Malangnya, kini seramai 589 orang disahkan maut," kata Cik Rodriguez dalam satu mesyuarat bersama pegawai tentera dan awam yang disiarkan di televisyen. Jumlah rasmi sebelum ini adalah 235 orang.
Pihak pemerintah turut mengesahkan seramai 2,980 orang mengalami kecederaan.
Pasukan penyelamat bekerja sepanjang malam untuk menyelamatkan ratusan rakyat Venezuela yang terperangkap di bawah runtuhan, serta mengesan ribuan lagi yang masih hilang selepas dua gempa bumi terbesar dalam sejarah moden Amerika Latin menggegarkan kawasan di dalam dan sekitar ibu kota, Caracas.
Pemerintah sebelum ini menyatakan 235 mayat dibawa ke pusat perubatan, tetapi tidak memberikan anggaran keseluruhan jumlah mangsa akibat gegaran bermagnitud 7.2 dan 7.5 yang melanda kira-kira 160 kilometer ke barat Caracas pada Rabu.
Sebuah laman yang diwujudkan untuk mengesan orang hilang dan dikongsi oleh para pemimpin pembangkang di negara yang bergolak dari segi politik itu menyenaraikan 49,500 orang sebagai belum ditemui, manakala Agensi Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) meramalkan angka kematian boleh melebihi 10,000 orang.
Kementerian Luar Sepanyol mengesahkan dua daripada rakyatnya maut, manakala 80 lagi masih belum ditemui.
Dengan ketibaan pasukan penyelamat asing, para anggota bomba, askar dan penduduk yang berada dalam kesedihan mula menyelongkar runtuhan bangunan, dengan sebahagian daripada mereka hanya menggunakan tangan dan lampu suluh di kawasan yang terputus bekalan elektrik.
"Dia berada di bawah runtuhan dan tiada jentera untuk mengeluarkannya," kata Yamileth Jimenez mengenai anak lelakinya yang berusia 19 tahun, yang terperangkap dalam runtuhan bangunan apartmen tujuh tingkat mereka di bandar La Guaira, sebuah bandar pesisir pantai di luar Caracas.
Ribuan penduduk kini hilang tempat tinggal di negara yang sememangnya sudah sedia lemah akibat pergolakan ekonomi dan politik selama berdekad-dekad, yang menyebabkan rakyat jatuh miskin, mencetuskan penghijrahan jutaan penduduk, serta merosakkan prasarana dan perkhidmatan asas.
Ramai penduduk tinggal di kawasan setinggan daif di lereng bukit yang dipanggil "barrios".
"Bangunan saya sudah tidak boleh didiami dan kini saya kehilangan segala-galanya. Hanya saya dan anak saya, malah saya tiada keluarga di negara ini," kata Suhayl Sarquiz, 50 tahun, yang kehilangan pekerjaan beberapa bulan lalu.
"Ini satu tragedi," kata Beatriz Rodriguez, 60 tahun. Kaki anak saudaranya terpaksa dipotong selepas dihempap runtuhan akibat gempa itu. Seorang lagi anak saudaranya terkorban.
TIDUR DI JALANAN
Pihak pemerintah mengesahkan 250 bangunan mengalami kerosakan atau musnah. Sekurang-kurangnya lapan buah hospital, Persatuan Palang Merah Venezuela dan Kedutaan Perancis antara bangunan yang dilaporkan rosak teruk.
La Guaira, sebuah wilayah pesisir pantai yang bersempadan dengan Caracas dan menempatkan lapangan terbang utama negara, merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas. Kumpulan sukarelawan berpusu-pusu menuju ke Lebuhraya Caracas-La Guaira dengan membawa bekalan air, makanan dan ubat-ubatan.
"Kami kehilangan segala-galanya," kata Pedro Perez, 64 tahun, pemilik sebuah bengkel perabot yang menyatakan dia kehilangan kedua-dua rumah dan perniagaannya, dan kini terpaksa tidur di jalanan bersama isteri dan anak-anaknya.
"Kami berharap bantuan tiba dengan cepat."
Berhampiran pusat gempa di Moron, sebuah bandar pesisir pantai di wilayah Carabobo, rumah-rumah kelihatan ranap dan penduduk terputus bekalan air serta elektrik.
Keluarga-keluarga cuba menyelamatkan apa sahaja baki barangan yang ditemui, termasuk tilam, televisyen dan mesin basuh.
Wartawan Reuters melihat ahli-ahli "colectivo" - kumpulan motosikal sekutu pemerintah yang sekian lama dituduh sering mengganggu penyokong pembangkang - turut membantu dalam usaha menyelamat.
Negara-negara di seluruh dunia berjanji untuk menyalurkan bantuan, termasuk beberapa negara yang sebelum ini menentang Venezuela sepanjang tempoh peminggiran antarabangsa, penindasan politik dan kemerosotan ekonomi di bawah pimpinan Parti Sosialis yang memerintah.
Cik Rodriguez, yang mengambil alih tampuk kepimpinan selepas Amerika Syarikat menahan sekutunya yang juga bekas pemimpin Nicolas Maduro pada Januari lalu, mengucapkan terima kasih kepada Presiden Donald Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin atas usaha mereka.
Washington melonggarkan sekatan ekonomi bagi membolehkan bantuan gempa disalurkan, yang sebelum ini dilarang.
Encik Trump menyatakan bahawa Amerika Syarikat "sedia, rela dan mampu untuk membantu." Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio pula berkata Washington akan menghantar pasukan penyelamat, manakala Pentagon akan membantu dari segi logistik serta memulihkan lapangan terbang Caracas yang rosak.
BANTUAN DARI LUAR NEGARA
Cik Rodriguez memuat naik rakaman video yang menunjukkan ketibaan tentera Mexico bersama anjing pengesan di lapangan terbang La Guaira yang rosak, yang kini hanya dibuka untuk penerbangan pemerintah dan tentera sahaja.
Ketua bantuan PBB, Tom Fletcher berkata pertubuhan itu sedang menyelaraskan pasukan penyelamat antarabangsa dan menegaskan "usaha kolektif secara besar-besaran" amat diperlukan di negara di mana seramai 8 juta penduduknya memang memerlukan bantuan kemanusiaan sebelum bencana itu berlaku.
Misi hak asasi manusia PBB di Venezuela menggesa pihak pemerintah agar menarik balik sekatan ke atas beberapa media sosial, dengan menyifatkan kemudahan internet sebagai "perkara hidup dan mati" ketika ini.
Syarikat Starlink milik SpaceX menyatakan mereka akan menyediakan perkhidmatan percuma sehingga 25 Julai ini bagi pelanggan baharu dan sedia ada di kawasan yang terjejas, dan sedang berusaha untuk menghantar terminal satelit ke zon yang paling teruk terjejas bagi membantu memulihkan talian komunikasi.
Dalam sektor minyak yang amat penting bagi negara anggota OPEC itu, syarikat tenaga asing menyatakan operasi mereka tidak mengalami gangguan besar dan prasarana minyak dilaporkan sebahagian besarnya terselamat.
Bursa Saham Caracas kekal ditutup dan kini diubah menjadi pusat pengumpulan barang bantuan.
Sebelum ini, gempa bumi paling maut dalam sejarah moden Venezuela berlaku pada tahun 1967, yang mengorbankan 240 orang.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.