Gempa kembar Venezuela: Amerika ikrar bantuan AS$150 juta
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah bangunan runtuh selepas gempa bumi di Caracas, Venezuela, pada 24 Jun 2026. (Gambar AP/Adrian Naranjo)
WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Khamis (25 Jun) menjanjikan bantuan AS$150 juta (S$194.5 juta) kepada Venezuela selepas negara itu dilanda dua gempa bumi, menurut Jabatan Negara, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Dua gempa bumi kuat berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud melanda Venezuela pada Rabu yang diikuti 30 gempa susulan.
Lebih 180 orang terbunuh dan lebih 1,500 yang lain cedera serta banyak rumah musnah akibat kejadian itu.
“Selain mencari dan menyelamat segera, pengangkutan udara dan sokongan penyelarasan, Amerika Syarikat menggerakkan bantuan AS$150 juta kepada Venezuela melalui rakan kongsi bantuan kami,” kata jabatan itu dalam kenyataannya.
Amerika Syarikat juga mengerahkan dua pasukan mencari dan menyelamat bandar dari jabatan bomba Fairfax County, Virginia dan Los Angeles County, California, tambah jabatan itu.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.