Gempa Johor: Dr Ahmad Zahid nasihat rujuk Jabatan Meteorologi Malaysia bagi maklumat rasmi
Anggaran Waktu Membaca:
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati orang ramai supaya merujuk maklumat rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyusuli kejadian gempa bumi lemah yang dilaporkan berlaku di Segamat, Johor pada awal pagi Ahad (24 Ogos).
Beliau berkata METMalaysia kini menjalankan pemantauan susulan dan akan mengeluarkan maklumat dari semasa ke semasa.
"Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, saya menasihati orang ramai supaya kekal tenang dan hanya merujuk maklumat rasmi daripada METMalaysia.
"Elakkan menyebarkan berita yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan," katanya menerusi catatan di Facebook.
Awal dari itu, METMalaysia memaklumkan gegaran pertama berukuran 4.1 pada skala Richter di Segamat berlaku pada jam 6.13 pagi manakala gegaran kedua pada pukul 9.00 pagi bermagnitud 2.8 di kawasan Yong Peng di Batu Pahat, iaitu kira-kira 28 kilometer di barat laut Kluang.

Polis mengesahkan menerima tiga laporan kerosakan harta benda menyusuli gegaran itu, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.