Skip to main content

Dunia

Gempa di perairan Sabah terkuat dalam tempoh 11 tahun: MetMalaysia

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa di perairan Sabah terkuat dalam tempoh 11 tahun: MetMalaysia
(Gambar: Facebook/Jabatan Meteorologi Malaysia)
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 23 Feb 2026 02:24PM Dikemas Kini : 23 Feb 2026 02:26PM
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sekuat 6.8 pada skala Richter yang berlaku di perairan Sabah awal pagi tadi (23 Feb) adalah yang terkuat pernah melanda Malaysia dalam tempoh 11 tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Beliau berkata berdasarkan rekod jabatan itu, gegaran terkuat direkodkan di Malaysia sebelum ini ialah bermagnitud 6.0 di Ranau, Sabah yang berlaku pada 5 Jun 2015.

Gempa bumi yang berlaku 11 tahun lalu itu mengorbankan 18 nyawa dan kekal sebagai antara kejadian paling diingati dalam lipatan sejarah negara itu.

Mengulas mengenai kejadian hari ini, Dr Mohd Hisham berkata gempa di perairan Sabah berlaku berikutan kedudukan negeri itu yang berhampiran kawasan Lingkaran Api Pasifik, iaitu zon aktif gempa bumi akibat pergerakan plat kerak bumi.

"MetMalaysia masih menjalankan pemantauan rapi dan setakat ini, tiada sebarang gempa susulan direkodkan," katanya kepada Bernama.

Dr Mohd Hisham juga berkata MetMalaysia akan terus memantau secara berterusan aktiviti seismik di kawasan terbabit.

"Memandangkan pusat gempa berada jauh di bawah permukaan bumi, iaitu pada kedalaman 678 kilometer, hanya gegaran lemah dapat dirasai oleh orang ramai," katanya.

Awal sebelum itu, MetMalaysia memaklumkan bahawa gempa bumi itu, yang melanda perairan Sabah pada pukul 12.57 tengah malam tadi, tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

Pusat gempa itu terletak kira-kira 49 kilometer ke barat Kudat, Sabah dan gegaran dirasai di beberapa kawasan di negeri berkenaan selain Sarawak serta Semenanjung Malaysia.
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita