Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa di Indonesia: Angka korban meningkat kepada 162

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa di Indonesia: Angka korban meningkat kepada 162

Pasukan penyelamat sedang melaksanakan usaha mencari mereka yang terselamat, susuli gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia pada 21 Nov 2022. (Gambar: AP/Rangga Firmansyah)

Diterbitkan : 22 Nov 2022 07:21AM Dikemas Kini : 22 Nov 2022 07:28AM
CIANJUR: Angka korban akibat gempa bumi di daerah Cianjur, wilayah Jawa Barat pada Isnin (21 Nov) meningkat kepada 162 orang manakala ratusan yang lain cedera, lapor Reuters.

Gempa 5.6 skala Richter di kota Cianjur itu berlaku pada pukul 1.20 tengah hari, selama 30 saat.

Ia diikuti dengan lebih 30 gegaran susulan.

Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil berkata kebanyakan mangsa yang meninggal dunia adalah kanak-kanak kerana tertimpa bangunan-bangunan yang roboh.

Ini memandangkan gempa berlaku ketika kanak-kanak sedang bersekolah.

Beliau turut mengesahkan 13,000 penduduk kini berlindung di pusat perlindungan sementara selepas kediaman mereka musnah.

Beliau turut menganggarkan jumlah kematian akan meningkat kerana masih ada tempat yang belum dimasuki pasukan penyelamat.

"Dengan kejadian gempa yang ada di bawah kota Cianjur, 10 kilometer dengan skala 5.6 mengakibatkan banyak sekali bangunan yang luluh lantak dan hancur," kata Encik Ridwan.

"Ketika ini 162 orang disahkan meninggal dunia, 326 lagi cedera.

"Kebanyakan mereka mengalami tulang patah atau kecederaan lain seperti luka.

"Terdapat juga kira-kira 13,784 penduduk sedang berlindung di pusat perlindungan sementara," katanya.

Bandar Cianjur didiami sekitar 175,000 penduduk sementara daerah itu menempatkan 2.5 juta orang.

Sebahagian daripada mereka tinggal di kediaman setingkat dan dua tingkat.

Pusat gempa terletak 10 kilometer dari barat daya daerah Cianjur dengan kedalaman 10 kilometer, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat.

Menurut Badan Pengurusan Bencana Nasional Indonesia, banyak infrastruktur termasuk sekolah, hospital dan pejabat pemerintah turut terjejas.
Sumber : AFP/MU/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa