Gempa bumi sekuat 6.6 skala Richter landa dekat Indonesia
Gempa bumi sekuat 6.6 pada skala Richter melanda di luar pesisir pulau Jawa, Indonesia, pada awal pagi Selasa (7 Jul), menurut Tinjauan Kaji Bumi Amerika Syarikat.
Petikan skrin laman USGS
JAKARTA: Gempa bumi sekuat 6.6 pada skala Richter melanda di luar pesisir pulau Jawa, Indonesia, pada awal pagi Selasa (7 Jul), menurut Tinjauan Kaji Bumi Amerika Syarikat.
Gempa kuat itu berpusat sedalam 500 kilometer, menurut USGS, sambil menambah bahawa "kemungkinan korban nyawa atau kerosakan adalah rendah".
Gempa itu melanda 100 kilometer dari bandar Batang sekitar 6.00 pagi waktu tempatan.
Indonesia kerap mengalami kegiatan seismik dan gunung berapi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, di mana geseran lapisan tektonik sering berlaku.
Pada 2018, sebuah gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter yang disusuli tsunami di Sulawesi menyebabkan lebih 4,300 orang terkorban atau hilang.
Gempa kuat berukuran 9.1 dekat pantai Sumatera pada 2004 mencetuskan tsunami yang mengorbankan 220,000 orang di rantau ini, termasuk sekitar 170,000 di Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.