Skip to main content

Dunia

Gempa bumi sekuat 3.5 Richter landa Johor; pertama sejak Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi sekuat 3.5 Richter landa Johor; pertama sejak Ogos

Gempa bumi berukuran 3.5 magnitud melanda Batu Pahat, Johor pada 27 Sep 2025. (Gambar: Instagram/Jabatan Meteorologi Malaysia)

Diterbitkan : 27 Sep 2025 03:48PM Dikemas Kini : 27 Sep 2025 04:55PM

JOHOR BAHRU: Negeri Johor di Malaysia dilanda gempa bumi sekuat 3.5 pada skala Richter pada Sabtu (27 Sep), yang terbaharu dalam tempoh sebulan.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira 9.04 pagi, 25km tenggara dari Batu Pahat pada kedalaman 10km, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam catatan media sosial.

Pihak berkuasa Malaysia menyatakan gegaran mungkin dirasai di kawasan sekitar Batu Pahat.

MetMalaysia menambah bahawa ia akan terus memantau keadaan dengan teliti.

Beberapa siri gempa bumi melanda Johor pada hujung bulan Ogos, dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1. Pakar mengaitkan gegaran itu dengan Zon Sesar Mersing.

Gempa bumi ini berfungsi sebagai peringatan bahawa Semenanjung Malaysia, Singapura dan wilayah sekitarnya tidak terlepas daripada bencana alam yang boleh mencetus gegaran teruk dan membawa kerosakan kepada manusia dan harta benda, kata pakar geologi.

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita